Panduan Pengguna

Laman Utama

Gambar di atas menunjukkan halaman utama MySing, dengan  “Profil” dan “Tetapan” di bahagian atas sebelah kanan. Di tengah halaman muka terdapat logo MySing menunjukkan Senarai “Cadangan Lagu” dan Senarai “Lagu Kegemaran Saya”. Di bahagian bawah halaman muka, terdapat “Lagu”, “Artis”, “Genre” dan “Dipilih”. Anda boleh memilih klasifikasi yang sepadan mengikut citarasa anda sendiri.

Artis Hit

Klik pada “Penyanyi”, sistem ini membolehkan anda mengklasifikasi semua penyanyi mengikut negara. Anda boleh terus mencari nama penyanyi dalam bar carian untuk mencari penyanyi dengan lebih cepat.

  • Untuk memudahkan penaipan, tiada ruang diperlukan semasa anda mencari lagu/nama artis. Hanya taip “SitiNurhaliza” apabila anda ingin mencari Siti Nurhaliza. Atau cari dengan huruf awal nama, dan taip “SN” untuk mencari Siti Nurhaliza.

Lagu Hit

Klik “Lagu”, sistem akan memaparkan lagu hit mengikut ranking semasa. Tambahan pula, sistem ini juga membolehkan pengguna untuk mengklasifikasi semua lagu berdasarkan bahasa lagu tersebut. Pengguna hanya perlu klik pada “Bahasa” untuk mengkategorikan lagu yang paling popular dalam setiap bahasa. Selain daripada itu, anda juga boleh terus mencari nama lagu dalam bar carian untuk mencari lagu yang anda ingini dengan lebih cepat.

Genre Lagu

Klik pada “Genre” untuk mengkategorikan setiap lagu dengan cepat.

Lagu Kegemaran

MySing juga membolehkan pengguna untuk menanda lagu kegemaran anda dengan mengklik “Lagu Kegemaran”, dan disini juga terdapat butang tambah untuk mengumpul terus lagu kegemaran anda. Selepas menyimpan, pengguna boleh klik “Lihat Lagi” dalam ruang “Lagu Kegemaran Saya” untuk melihat dan meggubah lagu yang terdapat di dalam senarai lagu kegemaran.

Lagu Dipilih

Pengguna boleh klik “Lagu Dipilih” untuk melihat semua lagu semasa yang dipilih. Dalam halaman “Lagu Dipilih”, pengguna boleh memilih untuk “Nyanyi Sekarang”, “Gemarkan Lagu”, “Beralih ke Bahagian Atas” atau “Padam” lagu daripada senarai lagu yang telah dipilih.

Klik pada “Lagu Menyanyi” untuk melihat lagu yang telah dinyanyi atau untuk menambah semula lagu yang telah dipilih.

Cadangan Lagu

Klik “Cadangan Lagu”, sistem akan mencadangkan lagu berdasarkan kedudukan semasa. Tambahan pula, sistem ini juga membolehkan pengguna untuk mengklasifikasi semua lagu berdasarkan bahasa lagu tersebut. Pengguna hanya perlu klik pada “Bahasa” untuk mengkategorikan lagu yang paling popular dalam setiap bahasa. Selain daripada itu, anda juga boleh terus mencari nama lagu dalam bar carian untuk mencari lagu yang anda ingini dengan lebih cepat.

Profil

Klik pada “Profil” untuk melihat nama pengguna dan status langganan anda. Jika anda menghadapi sebarang cabaran atau pertanyaan lanjut semasa menggunakan MySing, anda boleh melihat Maklum Balas Pengguna, Panduan Pengguna atau Soalan Lazim di “Profil” anda.